MyTOWNKL ceriakan Krismas dengan aktiviti menarik

Mohd Azhan (empat dari kanan) pada pelancaran A Divine Christmas MyTOWNKL.
Mohd Azhan (empat dari kanan) pada pelancaran A Divine Christmas MyTOWNKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah MyTOWNKL merangka pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi ramah mesra bersama pemain badminton, Lee Zii Jia sempena cuti Krismas.

Pengurus MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat berkata, pihaknya menjanjikan kemeriahan dan keseronokan sempena Krismas yang merupakan hari istimewa dinantikan setiap tahun.

“Krismas adalah hari untuk meraikan cinta dan mencipta kenangan dengan berkongsi hadiah bersama orang terdekat dan disayangi.

"Nikmati keseronokan membeli-belah dengan ganjaran hebat disamping pengunjung dapat melihat hiasan Krismas di MyTOWNKL," katanya dalam satu kenyataan.

Pengunjung berpeluang melihat hiasan pokok krismas setinggi hampir satu meter selain turut serta turut serta dalam aktiviti menarik bermula 10 Disember hingga 26 Disember antaranya bengkel Krismas bersama Craftomon, persembahan tarian dan koir, penampilan Santa dan Santarina, selain tarian LED dengan salji.

Sambutan Krismas bertemakan A Divine Christmas di MyTOWNKL.
Sambutan Krismas bertemakan A Divine Christmas di MyTOWNKL.

Sementara itu, sesi ramah mesra bersama Zii Jia dijadualkan berlangsung pada 18 Disember ini jam 3 petang di Central Town, aras G.

Selain itu, pengguna boleh menebus mata ganjaran di aplikasi MyTOWNKL bagi mendapatkan hadiah seperti Christy Ng Canvas Tote Bag, MyTOWNKL Holiday Tumbler dan Krismas Pin Badge.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Azhan memaklumkan MyTOWNKL turut bekerjasama dengan penyanyi yang juga penulis lagu, Nick Yungkit atau lebih dikenali NYK bagi penghasilan lagu Krismas pada tahun ini.

Tambahnya, Krismas juga tidak meriah tanpa menyantuni golongan memerlukan.

"Seramai 44 kanak-kanak dari Budimas Charitable Foundation akan diraikan dalam aktiviti disediakan dan membeli-belah di Max Fashion dan Good2U," katanya.