Covid -19: 866 kes baharu, 10 kematian

Sebanyak 866 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Sebanyak 866 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 866 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,763 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 18,721 kes, dengan 17,408 atau 93 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,235 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 78 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 50 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 1,313 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,955,150 kes.

Artikel Berkaitan: