Wakaf Konten rujukan, panduan ummah

Marhaini
Marhaini
A
A
A

SHAH ALAM - Wakaf Konten adalah kajian secara mendalam yang diambil dari al-Quran dan kemudian dilahirkan dalam pelbagai bentuk program sama ada digital serta televisyen untuk rujukan ummah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, program-program yang dilahirkan menerusi Wakaf Konten itu boleh didapati menerusi kesemua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian supaya menjadi bahan rujukan kepada orang ramai.

“Wakaf Konten itu menerusi semua hasil kajian dijalankan daripada al-Quran dan boleh didapati dalam bentuk program digital, televisyen, buku dan sebagainya.

“Sebagai contoh program My #QuranTime 1.0 (MQT) dan MQT 2.O diletakkan secara dalam talian seperti Facebook dan Youtube untuk rujukan semua. Jadi orang ramai boleh dapatkan bahan rujukan mengenai kajian dari al-Quran menerusi platform disimpan secara dalam talian.

“Itulah wakaf yang kita laksana dan sampaikan kepada masyarakat menerusi kajian yang dijalankan dan disimpan dalam bentuk kandungan (content),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah beliau, Wakaf Konten itu bukan sahaja menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai malah sekolah, kelas pengajian dan organisasi.

“Wakaf Konten itu bukan sahaja disampaikan pada penonton sahaja malah turut disampaikan kepada guru agama untuk diajar kepada anak-anak murid di kampung dan masjid,” ujarnya.

Marhaini menjelaskan Wakaf Konten yang dihasilkan itu mendapat kerjasama dengan pengkaji al-Quran dari dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan:

“Dari situ kita perbaiki dan merujuk kepada pengkaji al-Quran dan tokoh agama dan barulah kita sebarkan melalui program untuk disampaikan kepada masyarakat umum,” jelas beliau.