Ringgit susut, cecah 4.40 berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
RINGGIT mengakhiri hari terakhir minggu dagangan dengan lebih rendah, sekali lagi mencecah paras 4.40 berbanding dolar AS berikutan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global dan China yang lemah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu merosot kepada 4.4010/4080 berbanding dolar AS daripada 4.3960/4000 yang direkodkan semasa penutupan Khamis.

Pada 1 Disember lepas, ringgit mengukuh kepada 4.4030/4100 berbanding dolar AS daripada penutupan hari sebelumnya iaitu 4.4420/4500.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, kerancakan pertukaran asing Asia telah terjejas oleh peningkatan kes Covid-19 di China dan keraguan terhadap kekuatan pembukaan semula ekonomi yang menunjukkan tahap semasa aset berisiko Asia.

"Prospek China kelihatan agak muram, memandangkan komuniti perubatan kelihatan tidak bersedia bagi pembukaan semula. Justeru, lonjakan kes Covid-19 boleh menjejaskan usaha pembukaan," katanya kepada Bernama.

Menurut portal berita antarabangsa, kes harian Covid-19 di China menurun kepada 16,797 kes pada Jumaat selepas mencatatkan 39,791 kes di seluruh negara menjelang 26 November 2022.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama ketika ditutup hari ini.

Mata wang tersebut lemah berbanding pound Britain kepada 5.3908/3994 daripada 5.3504/3552 yang dicatatkan semasa Khamis dan jatuh berbanding euro kepada 4.6466/6540 daripada 4.6127/6169.

Ia juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2545/2601 daripada 3.2381/2415 dan merekodkan kerugian berbanding yen Jepun kepada 3.2315/2369 daripada 3.2090/2121 sebelumnya.- Bernama
Artikel Berkaitan: