1,680 kes baharu Covid-19, enam kematian

Sebanyak 1,680 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. - Foto hiasan
Sebanyak 1,680 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,680 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak enam kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,738 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 22,006 kes, dengan 20,514 atau 93.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,401 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 58 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 1,428 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,946,495 kes.

Artikel Berkaitan: