X

Kindly register in order to view this article
!

PAUiTM desak pihak berkuasa tegas tangani isu hina Agong

Shukri (dua, kanan) bersama wakil cabang alumni UiTM selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) mendesak pihak berkuasa agar lebih tegas dalam menangani isu berkaitan menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Setiausaha Persatuan Alumni UiTM, Shukri Ishak berkata, ketegasan ini perlu khususnya apabila melibatkan pemilik akaun Facebook yang meminta maaf setelah dikecam netizen kerana tindakannya mengeluarkan kenyataan jelik.

“Walaupun mereka dah minta maaf, mohon polis dan pihak yang berkaitan terus menyiasat mereka dan heret ke mahkamah. Ini sebagai pengajaran kepada mereka dan tauladan kepada pengguna media sosial lain.

“Sejak kebelakangan ini kita tengok semakin ramai orang memuat naik kenyataan menghina bukan setakat melibatkan Yang di-Pertuan Agong, malah yang lain-lainnya termasuk Nabi Muhammad SAW. Kemudian lepas dikecam, mereka memuat naik kenyataan memohon maaf,” katanya kepada pemberita.

[ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/23415/BERITA/Nasional/Polis-terima-209-laporan-kes-hina-Agong]

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong oleh pemilik akaun Facebook Sabah-Sarawak Merdeka di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Shukri menambah, dia tidak menolak kemungkinan bahawa daripada 700,000 jumlah ahli alumni PAUiTM di seluruh negara ada yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu.

“Sudah pasti dalam jumlah yang ramai ini akan ada yang berbeza-beza pendapat serta pandangan namun elakkan daripada kita terjebak dengan kegiatan ini

“Justeru itu, saya nasihatkan agar semua ahli alumni yang majoritinya Bumiputera menjaga adab di media sosial ingat apa yang ibu ayah dan pensyarah kita didik selama ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!