Amiruddin santuni masyarakat Siam

Ong Keen Tong (lima dari kanan) menyerahkan memorandum dan surat permohonan pengoperasian semula bank komersial di pekan Kuala Nerang kepada Amiruddin ketika lawatan beliau ke Wat Phikulthararam, semalam.

A
A
A

PADANG TERAP - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah meluangkan masa kira-kira satu jam di Kampung Tanjung Siam, Mukim Pedu di sini bagi bertemu masyarakat Siam.

Dalam lawatannya itu, Amiruddin sempat melawat Wat Phikulthararam, di sini yang sedang dalam proses pembinaan.

Amiruddin berkata, setakat ini wat berkenaan sudah 70 peratus siap dan penduduk di situ sedang mengumpul dana bagi menyiapkan kerja-kerja terakhir rumah ibadat terbabit.

"Bagi kawasan Pedu, wat ini yang paling besar dan mampu untuk menampung lebih 250 buah keluarga masyarakat Siam di kampung ini.

Setiausaha DAP Bahagian Padang Terap, Mejar (B) Kim Fong a/l Kiat (kiri) menerangkan tentang pembinaan Wat Phikulthararam kepada Amiruddin, semalam.
Setiausaha DAP Bahagian Padang Terap, Mejar (B) Kim Fong a/l Kiat (kiri) menerangkan tentang pembinaan Wat Phikulthararam kepada Amiruddin, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Padang Terap, Ong Keen Tong, mewakili penduduk Kuala Nerang turut menyerahkan memorandum yang mengandungi 1,000 tandatangan penduduk serta surat memohon pengoperasian semula Bank Komersial di Pekan Kuala Nerang.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Amiruddin berkata, beliau memahami kesusahan penduduk apabila CIMB Bank di pekan berkenaan menamatkan operasinya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Masalah ini bukan sahaja membelenggu penduduk pekan Kuala Nerang, malah penduduk di Pendang dan Changlun juga turut menerima nasib yang sama.

"Bagaimanapun saya telah memanjangkan isu ini kepada pihak pengurusan CIMB Bank supaya mereka mempertimbangkan semula agar meneruskan operasi di ketiga-tiga pekan ini," katanya.

Ahli Jawatankuasa Pakatan Harapan Padang Terap bergambar bersama barisan tetamu kehormat yang hadir.
Ahli Jawatankuasa Pakatan Harapan Padang Terap bergambar bersama barisan tetamu kehormat yang hadir.

Dalam pada itu, masyarakat Siam di sini turut diraikan dalan suatu jamuan makan yang diadakan di dewan orang ramai di kampung berkenaan.

Keharmonian yang ditunjukkan masyarakat di sini membuktikan mereka mampu hidup dalam suasana aman walau berbeza latar belakang agama dan bangsa.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pedu, Arun a/l Sakwang (kiri) bertanya khabar penduduk yang hadir pada jamuan makan, semalam.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pedu, Arun a/l Sakwang (kiri) bertanya khabar penduduk yang hadir pada jamuan makan, semalam.