Cadang Anwar lantik Johari Menteri Kewangan 2

Mohd Syahir Sulaiman
Mohd Syahir Sulaiman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Menteri Kewangan 2 yang dapat membantu tugasnya sebagai Menteri Kewangan.

Beliau berkata, Menteri Kewangan 2 yang sesuai dan layak dari kalangan teknorat berkaliber ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Kena ada 'a strong, formidable, convincing Finance Minister', kerana hampir mustahil Perdana Menteri boleh memikul dwi-fungsi ini dalam tempoh kritikal sekarang.

“Menjadi Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatangani banyak dokumen setiap hari.

“Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, apatah lagi Timbalan Menteri bukanlah ahli Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertikaian yang timbul selepas Perdana Menteri menjelaskan, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya disebabkan kekangan antarabangsa bukan disebabkan ketiadaan Kementerian Kewangan sepenuh masa.

“Saya tidak sebut puncanya sebelum ini, tetapi fokus kepada penyelesaiannya,” kata Syahir.