'Kejutan ke atas Jerman, Sepanyol tidak bermakna'

Ritsu (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Croatia pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa. - Foto EPA
Ritsu (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Croatia pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa. - Foto EPA
A
A
A

KEMENANGAN bersejarah Jepun ke atas Jerman dan Sepanyol tidak bermakna setelah skuad Samurai Biru tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Penyerang, Ritsu Doan menganggap kemenangan itu sebagai sia-sia setelah pengembaraan skuadnya tersekat di pusingan kalah mati pada Selasa.

Jepun terlepas peluang buat kali pertama untuk melangkah ke suku akhir selepas kalah penentuan sepakan penalti 1-3 kepada Croatia selepas keputusan terikat 1-1 pada masa tambahan.

Jepun menewaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan, namun Ritsu tidak menganggap ia sesuatu yang menyenangkan hati hasil kejayaan itu kerana Jepun tersingkir.

Saya menjangkakan seseorang akan berkata jika kami kalah, tapi sejujurnya ia tidak bermakna apa-apa (gagal mara ke suku akhir).

"Tidak kira bertapa hebatnya kami berjuang hari ini (Selasa) kami tidak mengubah sejarah (tersingkir daripada Piala Dunia)," ujar Ritsu.

Jepun terlebih dahulu di depan menerusi Daizen Maeda sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia 10 sebelum rehat.

Jepun bergelut untuk menambah jaringan, namun perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Artikel Berkaitan:

Penjaga gol Croatia Dominik Livakovic cemerlang di gawang apabila menyelamatkan dua sepakan penalti pertama mereka.

"Penalti adalah gabungan nasib dan latihan," ujar jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu selepas kegagalan pemainnya untuk menyempurnakan penalti.

Moriyasu turut memuji penjaga gol pasukan lawan yang bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Jepun.

"Penjaga gol mereka sangat baik tetapi pemain Jepun seharusnya lebih baik dan itu yang kami perlu usahakan pada masa depan," katanya.

Skuad Samurai Biru menyasarkan untuk mara ke suku akhir buat kali pertama, selepas dikecewakan dalam pusingan 16 terakhir pada tiga Piala Dunia sebelum ini.