Jangan normalisasi perkara halal jadi haram

Nouman ketika memberi ceramah bertajuk ‘Cabaran Keluarga’ pada program WQC 3.0 pada Sabtu
Nouman ketika memberi ceramah bertajuk ‘Cabaran Keluarga’ pada program WQC 3.0 pada Sabtu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Islam menegah umatnya menghalang sesuatu perkara yang dibolehkan agama demi menghormati budaya yang diikuti masyarakat.

Pengasas Bayyinah, Institut for Arabic & Qur’anic Studies, Nouman Ali Khan berkata, ramai di kalangan umat Islam yang lebih menjaga budaya berbanding agama ekoran khuatir dipandang serong oleh masyarakat.

“Budaya boleh mempengaruhi hubungan antara ahli keluarga. Jangan normalisasikan sesuatu yang halal di sisi ALLAH namun dijadikan haram oleh ibu bapa hanya kerana mahu anak-anak ikut kehendak mereka.

“Masyarakat telah membudayakan sesuatu amalan sekali gus mewajibkan ia perlu diikut, secara tidak langsung telah menambah perkara yang diharamkan ALLAH.

“Islam tidak ‘kejam’ dalam menentukan sesuatu amalan, namun memberi garis panduan bagi mereka yang mahu mengikutinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah ‘Cabaran Keluarga’ sempena program World #QuranConvention (WQC) 3.0 bertajuk ‘Coping With Challenges Surah Al-Sajdah’ pada Sabtu.

Imam dari Mesir, Shaykh Abdullah Sobni Marei mengalunkan surah pilihan
Imam dari Mesir, Shaykh Abdullah Sobni Marei mengalunkan surah pilihan

Dalam pada itu Nouman berkata, Islam sentiasa meraikan kepelbagaian budaya yang wujud di dunia namun mengingatkan amalan tersebut tidak seharusnya diikuti hingga melampaui batas agama.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai contoh ibu bapa tidak membenarkan anak perempuan bongsu untuk berkahwin sebelum kakaknya berumahtangga.

“Ibu bapa menolak kemahuan anak bongsu sedangkan perkahwinan adalah perkara yang digalakkan dan halal dalam Islam, namun kerana amalan budaya, ia jadi haram bagi sesetengah keluarga untuk membenarkan anak yang lebih muda berkahwin.

“Inilah situasi yang dikatakan budaya telah mengharamkan perkara yang dihalalkan Islam. ALLAH menegah perbuatan seperti ini,” ujarnya.