Dua cedera, SUV jatuh gaung 60 meter di Cameron Highlands

KUANTAN- Dua cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter berhampiran Boh Tea Centre, Cameron Highlands pada petang Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cameron Highlands melaporkan, kenderaan tersebut dinaiki lima penumpang termasuk pemandu.
Dua daripadanya terdiri seorang lelaki dan seorang wanita dewasa mengalami kecederaan.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands menjalankan operasi menyelamat menggunakan pengusung untuk membawa mangsa naik ke tempat selamat," ujarnya melalui hantaran di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.
Menurut hantaran itu, kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ringkasan AI
- SUV terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter berhampiran Boh Tea Centre, Cameron Highlands
- Kenderaan itu dinaiki oleh lima penumpang termasuk pemandu
- Dua penumpang cedera, seorang lelaki dan seorang wanita dewasa
- Anggota Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands melakukan operasi selamat menggunakan pengusung
- Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan untuk rawatan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

