'Rasa janggal ada, dulu hentam BN kini bekerjasama'

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan Chon Siang dan Yu Man di Istana Abu Bakar, Pekan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan Chon Siang dan Yu Man di Istana Abu Bakar, Pekan.
A
A
A

PEKAN - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) melakar sejarah apabila kali pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang.

Mereka ialah ADUN Teruntum, Sim Chon Siang dan ADUN Triang, Leong Yu Man.

Kedua-dua pemimpin PH itu mahu terus membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi kerajaan negeri sebagaimana yang dibawa sebelum ini.

Ditanya mengenai perasaan pertama kali menjadi Exco menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan, Chon Siang mengakui perasaan sedikit janggal, namun beliau bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan BN.

"Rasa pelik (janggal) itu ada sebab dulu kita selalu hentam mereka (BN) tetapi sekarang kami macam adik- beradik.

"Walaupun PH sudah berada dalam kerajaan Pahang, janji terhadap rakyat akan diberikan keutamaan," jelas beliau.

Chon Siang
Chon Siang

Menurut Chon Siang, sepanjang dua penggal lalu pelbagai isu yang dibangkitkan tidak mendapat maklumat balas sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau mahu membangkitkan semula isu yang pernah dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Banyak isu yang tidak dijawab oleh Exco sebelum ini, sebagai contoh projek pembinaan jalan yang menghubungkan Sungai Lembing - Jerantut.

"Saya tidak nampak perkembangan projek ini sedangkan ia sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11.

"Jadi, perkara ini saya akan bawa ke sidang DUN dan Mesyuarat Exco supaya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dapat membawa isu terbabit ke peringkat kementerian," katanya ketika ditemui di Istana Abu Bakar di sini pada Jumaat.

Chon Siang turut memaklumkan akan memajukan DUN Teruntum dengan meningkatkan ekonomi sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan itu.

"Saya akan ubah DUN Teruntum ke arah yang lebih maju. Setakat ini saya belum mengetahui apakah posisi jawatan yang akan diberikan kepada saya," ujar beliau lagi.

Yu Man
Yu Man

Sementara itu, Yu Man berkata, fokus untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan sosio ekonomi akan menjadi keutamaan dalam pentadbirannya.

Jelasnya, bagaimanapun ia terpulang kepada Menteri Besar untuk membuat perancangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita diharap kerajaan ini boleh kekal dalam tempoh lima tahun supaya perancangan yang bakal dibuat dapat dilaksanakan dengan lancar," ujar beliau.