Kongres Peru lulus usul mulakan prosiding pecat presiden

Pedro Castillo - Foto AFP
Pedro Castillo - Foto AFP
A
A
A

BUENOS AIRES - Sidang pleno Kongres Peru pada Khamis meluluskan usul dikemukakan ahli parlimen pembangkang untuk memulakan prosiding pemecatan terhadap Presiden Pedro Castillo.

Pengundian mengenai usul itu dijadual berlangsung 7 Disember.

Ahli parlimen pembangkang mengemukakan usul itu awal minggu ini dan ia percubaan ketiga untuk menggulingkan Castillo.

"Dengan 73 undi menyokong, sidang pleno Kongres telah meluluskan usul untuk "mengisytiharkan ketidaklayakan moral secara kekal” terhadap Presiden Pedro Castillo dan memecatnya,” lapor Sputnik memetik kenyataan Kongres.

Undian usul itu akan berlangsung Rabu depan. Dua pertiga ahli parlimen atau 87 orang mesti menyokong usul untuk membolehkan Castillo disingkirkan.

Pada hari Khamis, misi peringkat tinggi Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) mengesa cawangan eksekutif dan perundangan Peru untuk mengisytiharkan gencatan senjata serta memulakan dialog.

Susulan itu, Castillo menyeru semua pihak untuk terlibat dalam dialog.

"Berikutan semangat saya memimpin negara dan selaras dengan saranan OAS, saya menyeru semua pemimpin institusi, politik dan sosial untuk terlibat dalam dialog bagi menjamin tadbir urus negara.

Artikel Berkaitan:

"Peru memerlukan kita semua,” kata Castillo menerusi Twitter.- Bernama