SAR kanak-kanak disambar buaya diteruskan

Operasi SAR mencari kanak-kanak hilang disambar buaya diteruskan pada hari kedua di pesisir perairan Markas Operasi Gerakan Marin, Lahad Datu.
Operasi SAR mencari kanak-kanak hilang disambar buaya diteruskan pada hari kedua di pesisir perairan Markas Operasi Gerakan Marin, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang hilang akibat disambar buaya yang memasuki hari kedua diteruskan di perairan Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, di sini pada Jumaat.

Kanak-kanak lelaki yang belum diketahui identiti itu difahamkan berusia tiga tahun dan ketika serangan haiwan reptilia itu, mangsa ada bersama bapanya yang dikenali sebagai Morehat berusia 45 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, SAR dimulakan seawal jam 7 pagi di lokasi pesisir laut kawasan berkenaan.

"Operasi SAR kanak-kanak yang hilang akibat dibaham buaya yang memasuki hari kedua melibatkan seramai lima anggota BBP Lahad Datu.

"Operasi dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air di kawasan pesisir laut berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sumsoa berkata, sehingga kini belum ada tanda kanak-kanak itu ditemui dan operasi masih diteruskan.

Sebelum itu, Sinar Harian pada Khamis melaporkan mangsa hilang selepas disambar buaya manakala bapanya sempat diselamatkan oleh orang awam namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Dua beranak berkenaan diserang buaya ketika melakukan aktiviti mendayung perahu di kawasan perairan berkenaan.

Artikel Berkaitan: