Operasi cari kanak-kanak lemas diteruskan

Anggota bomba menjalankan operasi dengan kaedah 'surface searching' dilakukan bagi mengesan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Teratak River View Lubuk Hantu, Tanjung Malim. - Foto Ihsan bomba Perak

A
A
A

TANJUNG MALIM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berhampiran Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari mangsa berusia lapan tahun itu dijalankan dalam radius dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, operasi hari kedua berhadapan kesukaran berikutan keadaan arus sungai deras yang menyukarkan kaedah selaman dilakukan.

"Jam 4 pagi, hujan lebat di kawasan kejadian menyebabkan paras air sungai meningkat dan arus deras. Keadaan itu menyebabkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk melakukan selaman.

Anggota bomba menjalankan operasi dengan kaedah 'surface searching' dilakukan bagi mengesan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Teratak River View Lubuk Hantu, Tanjung Malim. - Foto ihsan bomba Perak

"Tiga pasukan PPDA daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Ipoh dan Kuala Kangsar telah bersedia di lokasi kejadian bersama Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Sabarodzi berkata, kaedah 'surface searching' diperluaskan dalam jarak 2km.

"Setakat ini bot-bot tidak sesuai diturunkan dan tindakan alternatif mendapatkan bantuan kayak atau 'rafting' dilakukan.

"Operasi melibatkan 24 anggota bersama 12 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (3), Jabatan Sukarelawan (6) dan tujuh anggota Pasukan Bomba Sukarela Slim Village," katanya.

Media melaporkan SAR diaktif selepas mangsa berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika mandi, hilang dipercayai lemas sekitar jam 5 petang.