1,737 kes baharu, 17 kematian akibat Covid-19

Sebanyak 1,737 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Rabu dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 4,953,723. - Gambar hiasan
Sebanyak 1,737 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Rabu dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 4,953,723. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,737 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Rabu dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 4,953,723.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 17 kematian direkodkan pada Rabu dan enam kes kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,684.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 3,338 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,930,524 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 24,960 dengan 23,018 atau 92.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di hospital (1,848) dengan 94 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan: