Varian baharu Covid-19 'Arcturus' dikesan di Indonesia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.

"Dua kes dilaporkan dari Surabaya dan tiga kes di Jakarta,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Mohammad Syahril, sambil menambah bahawa semua pesakit mengalami gejala ringan dan telah pulih.

Gejala itu termasuk batuk, selesema, demam dan sakit tekak, tetapi beberapa negara telah melaporkan simptom tipikal seperti mata kemerahan atau konjunktivitis dan kotoran.

Dua strain Covid-19 baharu, juga dikenali sebagai XBB.1.16, kali pertama dikesan di Indonesia awal bulan ini berdasarkan penjujukan genom yang dijalankan pada penghujung Mac.

Pada masa ini, kementerian sedang mengkaji sama ada XBB.1.16 mencetuskan jangkitan baharu di negara ini, yang merekodkan 725 kes pada Isnin berbanding 494 kes pada Isnin minggu lepas.

Pada 22 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Arcturus sebagai varian baharu yang perlu dipantau. - Bernama.