NS rekod kerugian lebih RM93 juta kes usik meter TNB

Aminuddin (baris hadapan, kanan) ketika menjawab soalan lisan berhubung masalah banjir di Johol,Kuala Pilah.
Aminuddin (baris hadapan, kanan) ketika menjawab soalan lisan berhubung masalah banjir di Johol,Kuala Pilah.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan merekodkan kerugian lebih RM93 juta akibat kes usikan pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong (PH-Bahau) berkata, sebanyak 8,748 kes direkodkan bermula tahun 2018 sehingga Oktober yang lalu.

"Daerah Seremban merekodkan kes tertinggi iaitu 5,986 kes dengan jumlah kerugian RM71.2 juta, diikuti Port Dickson 1,342 kes dengan kerugian RM13.8 juta.

"Daerah Jempol pula 536 kes (RM3.39 juta), Tampin 412 (RM1.92 juta), Kuala Pilah 277 kes (RM1.47 juta), Rembau 178 kes (RM847,464) dan Jelebu 17 kes (RM298,868)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Chew Seh Yong (PH-Lobak) mengenai kes kecurian air dan elektrik di negeri ini pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan ke-14 di sini pada Rabu.

Kok Seong berkata, daripada jumlah kes yang direkodkan, sebanyak 423 kes telah dibawa ke mahkamah untuk didakwa.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kes kecurian air merekodkan sebanyak 1,771 kes telah diambil tindakan dari tahun 2018 sehingga 2022 dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3 juta.

"Sebanyak 20 kes curi air telah didakwa di mahkamah dan diambil tindakan kompaun oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sejak tahun 2015 sehingga tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!