Briged Tenggara PGA rekod 702 tangkapan, RM89 juta rampasan

Sheik Azhar menyampaikan sijil penghargaan sempena Perhimpunan Bulanan Briged Tenggara di Kem Bukit Galing, di sini pada Selasa.
Sheik Azhar menyampaikan sijil penghargaan sempena Perhimpunan Bulanan Briged Tenggara di Kem Bukit Galing, di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 702 kes tangkapan dan rampasan atas pelbagai kesalahan jenayah direkodkan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) melalui penugasan Ops Taring Wawasan Kelantan dan Op Kontraban dalam tempoh Januari hingga 0gos tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, nilai rampasan keseluruhan kes mencecah RM89 juta.

Menurutnya, dalam tempoh itu, seramai 1,116 individu melibatkan warganegara dan asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Kejayaan itu hasil usaha dan kerjasama semua pihak dalam mengatur dan merangka gerak kerja terbaik bagi memastikan misi dan visi serta hala tuju pasukan dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Briged Tenggara di Kem Bukit Galing, di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Sheik Azhar berkata, Briged Tenggara PGA menerima peruntukan RM2.23 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti, khususnya melibatkan prasarana penugasan Op Taring Wawasan Kelantan tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak RM1.5 juta daripada peruntukan itu digunakan bagi pembaikan di Markas Taktikal (Martak) Lubok Setol dan Kompeni Taktikal Taman Bakti di Rantau Panjang, Kelantan.

"Peruntukan RM730,000 lagi yang diterima melalui Kementerian Kewangan untuk kerja pembaikan dan penyelenggara pos kawalan termasuk Pos Ular, Pos Simpangan, Pos Pisau Raut, Pos Nibong dan Pos Naga Ibu di Tumpat, Kelantan melibatkan kos RM400,000.

Artikel Berkaitan:

"Peruntukan RM330,00 lagi bagi pembaikan di bawah kendalian Briged Tenggara melibatkan pos-pos kawalan sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang seperti Komtak Jeram Perdah, Pos Sri Tujuh, Pos Ibrahim Pencen, Pos Syarifah, Pos Haiwan dan Pos Terusan," katanya.

Tambah beliau, Briged Tenggara PGA turut menerima peruntukan RM2.9 juta bagi penggantian 400 katil, tilam dan bantal di pos-pos hadapan Op Taring Wawasan Kelantan.

"Pos-pos terlibat juga akan dibekalkan penyaman udara, mesin rumput, mesin penyembur air, televisyen dan perkakasan dapur.