Poster Ahmad Zahid dilantik TPM, Menteri Dalam Negeri palsu

JPM menafikan poster tular yang memaparkan ucapan tahniah kepada Ahmad Zahid yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
JPM menafikan poster tular yang memaparkan ucapan tahniah kepada Ahmad Zahid yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan poster tular yang memaparkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Perkara itu dimaklumkan JPM menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

"Maklumat seperti poster tersebut adalah palsu," kata jabatan itu.

Juster orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat tidak pasti ataupun palsu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dijangka akan diberikan kepada blok terkuat lain dalam kerajaan perpaduan iaitu BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dilapor berkata, Ahmad Zahid merupakan calon yang perlu menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri berdasarkan berdasarkan hierarki parti.

Artikel Berkaitan: