Enrique beri bayangan rombak kesebelasan Sepanyol

Enrique (kiri) akan membuat perubahan ke atas skuadnya menjelang aksi kedua Kumpulan E Piala Dunia menentang Jerman pada Isnin. - Foto EPA
Enrique (kiri) akan membuat perubahan ke atas skuadnya menjelang aksi kedua Kumpulan E Piala Dunia menentang Jerman pada Isnin. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique memberi bayangan untuk membuat perubahan pada kesebelasan utamanya menjelang aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Jerman pada Isnin.

Bekas jurulatih Barcelona itu berkata, sekiranya pasukan mahu bermain sehingga ke perlawanan akhir, ia memerlukan kerjasama semua dan bukan bergantung kepada 11 pemain sahaja.

“Saya tidak tahu siapa yang akan bermain. Tetapi apa yang pasti sekiranya kami mahu capai sasaran bermain semua perlawanan di Piala Dunia iaitu tujuh perlawanan ia perlu melibatkan semua pemain dan bukan hanya 11.

“Saya tidak rasa akan menggunakan kesebelasan utama. Mungkin kalau digunakan ia tidak akan lebih daripada sekali,” katanya.

Sepanyol ketika ini mengungguli kumpulan E setelah mengutip tiga mata selepas membelasah Costa Rica 7-0 pada Khamis lalu.

Pasukan itu berkongsi tiga mata dengan Jepun di tangga kedua, manakala German dan Costa Rica di kedudukan ketiga dan keempat tanpa sebarang mata selepas satu perlawanan.

Kali terakhir Sepanyol memenangi Piala Dunia adalah pada tahun 2010 ketika menewaskan Belanda 1-0 di perlawanan akhir.

Artikel Berkaitan: