Himpunan Selamatkan UMNO di WTC dibatalkan

Suasana kelihatan tenang di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat. (Gambar kecil: Noor Dellhan)
Suasana kelihatan tenang di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat. (Gambar kecil: Noor Dellhan)
A
A
A
KUALA LUMPUR - Himpunan Selamatkan UMNO yang difahamkan akan berlangsung di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat dibatalkan.

Sumber memaklumkan, perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat petang itu dibatalkan kerana tidak mahu menimbulkan lagi ketegangan dalam kalangan ahli parti.

“Sebelum ini memang ada rancang untuk perhimpunan ini namun kerajaan perpaduan sudah ditubuhkan semalam (Khamis),” katanya kepada media di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permit kebenaran berhimpun daripada penganjur.

Bagaimanapun, Noor Dellhan berkata, anggota polis tetap bersedia di kawasan perhimpunan itu bagi memantau dan memastikan keselamatan orang awam terjamin.



Menurutnya, seramai 260 anggota polis ditugaskan untuk memantau keselamatan di kawasan berkenaan.
Artikel Berkaitan:


“Kita tidak terima sebarang pemakluman dan kita tunggu dan lihat apa yang berlaku petang ini.

“Polis hanya mahu pastikan keselamatan awam terjamin,” katanya ketika ditemui, pada Jumaat.