Pemimpin GPS tiba di Istana Negara

Ketibaan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof di pintu 2, Istana Negara pada jam 11.07 pagi tadi. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
Ketibaan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof di pintu 2, Istana Negara pada jam 11.07 pagi tadi. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadhillah Yusof antara beberapa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilihat memasuki Istana Negara pada jam 11.07 minit pagi.

Kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang membawa pemimpin Sarawak itu memasuki Istana negara melalui pintu dua.

Antara pemimpin GPS lain yang turut dipercayai masuk ke lokasi berkenaan adalah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Pada Selasa, Seri Paduka Baginda menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang Selasa.

Jelas beliau, proses ini dilakukan bagi membolehkan Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, difahamkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang malam Selasa memutuskan untuk memohon perkenan untuk menangguhkan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi ini.

Ia susulan gabungan itu masih kekal dengan pendirian dibuat sebelum ini untuk tidak menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan masih tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Walaupun PH dan PN masing-masing sebelum ini menyatakan keyakinan memperoleh sokongan mencukupi, namun keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pagi Selasa menjawab segalanya.

BN yang dilihat menjadi 'king maker' membuat keputusan untuk kekal sebagai pembangkang dan tidak menyokong mana- mana gabungan bagi membentuk kerajaan, sekali gus menyukarkan PH dan PN mencapai majoriti mudah 112 sokongan ahli Dewan Rakyat.