Kes bunuh penjual buah: Wanita Vietnam direman

Laporan Sinar Harian berkenaan kejadian.
Laporan Sinar Harian berkenaan kejadian.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita warga Vietnam direman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang penjual buah di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini pada Isnin.

Wanita berusia 33 tahun itu direman hingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Naziah Mohd Alias di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini, pada jam 9.30malam.

Mayat lelaki berusia 50-an dan bekerja sebagai penjual buah itu ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada pengawal keselamatan apartmen terbabit.

Sementara itu Nanda menerusi kenyataan media pada Selasa berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan, Mohd Saufi Malik di talian 06-6033222

Artikel Berkaitan: