Sila log masuk terlebih dahulu.

2,450 kes baharu Covid-19

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,450 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan tiada kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,593 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 27,156 kes, dengan 25,217 atau 92.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,848 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 63 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 3,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,901,917 kes.

Artikel Berkaitan: