PRU15: Proses mengundi di Terengganu lancar

Rohaimi (tengah) ketika meninjau pusat mengundi di SK Teluk Kalong, hari ini.
Rohaimi (tengah) ketika meninjau pusat mengundi di SK Teluk Kalong, hari ini.
A
A
A

KEMAMAN - Proses membuang undi di 379 pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh Terengganu berjalan lancar dan tenang sehingga tengah hari.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tiada sebarang insiden buruk atau tidak diingini berlaku walaupun jumlah individu yang keluar mengundi semakin meningkat.

"Keadaan ketika ini memuaskan, tenang dan terkawal dengan sejak pukul 8 pagi lagi.

"Setakat ini semuanya baik walaupun semalam ramai orang berkumpul di Bandar Chukai, dengan lebih 2,000 pengundi keluar, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan tiada sebarang provokasi," katanya ketika melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong.

Rohaimi berkata, lebih 4,000 anggota polis turut ditugaskan di seluruh negeri bagi memantau dan melancarkan proses mengundi.

"Tiada pergerakan luar biasa dilaporkan dan ramai individu keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Artikel Berkaitan: