Covid-19: Kes harian baharu susut

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Sebanyak 19,515 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan untuk tempoh seminggu Rangkuman Mingguan Bernama (12 -18 November), susut sekitar 21 peratus berbanding 24,784 kes minggu lepas (5 -11 November).

Sepanjang tempoh ini juga, kes harian kekal bawah paras 4,000 dan semalam (18 November), Malaysia mencatat sebanyak 3,037 kes harian baharu Covid-19 termasuk lima (5) kes kematian dan tiga (3) kes import.

Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan jumlah kes tertinggi empat angka sebanyak 1,237 diikuti Sabah (205), Melaka (200), Pulau Pinang (186), Kuala Lumpur (185), Kedah (158), Negeri Sembilan (152), WP Putrajaya (122), Perak (117), Sarawak (114) dan Kelantan (109).

Negeri yang mencatat kes dua angka adalah Pahang (94), Terengganu (71), Johor (62), dan WP Labuan (16) sementara Perlis pula negeri tunggal mencatat kes satu angka iaitu sembilan (9) kes.

Untuk bulan November 2022 setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 November (4,711), 4 November (4,360) dan 5 November (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes. Kes terendah dicatat pada 14 November (1,749). Peningkatan kes harian baharu Covid-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW setakat Jumaat adalah 27,711 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 25,737 kes (92.9 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 3,198 kes sembuh pesakit Covid-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat ini sebanyak 4,898,917 kes.

Artikel Berkaitan: