PRU15: Tindakan tegas jika ganggu proses mengundi

Pengundi Parlimen P.108 Shah Alam hadir menjalankan tanggungjawab sempena PRU15 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 hari ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Arjunaidi)
Pengundi Parlimen P.108 Shah Alam hadir menjalankan tanggungjawab sempena PRU15 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 hari ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Arjunaidi)
A
A
A

SHAH ALAM - Polis akan ambil tindakan kepada pihak yang mencetuskan provokasi dan mengganggu proses hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, masyarakat dinasihat mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

"Sebagai mana kita semua sedia maklum, pada hari ini iaitu 19 November, seluruh rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Orang ramai dinasihatkan agar terus bersikap matang dan hormat menghormati antara satu sama lain serta elakkan daripada melakukan sebarang perbuatan atau provokasi yang boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini kerana ianya boleh mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mencetuskan huru-hara bagi mengganggu proses PRU15.

Katanya, mereka yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Tambahnya, setakat Jumaat (18 November), Polis Kontinjen Selangor telah menerima 354 laporan polis dengan 27 kertas siasatan dibuka dan enam tangkapan sejak hari penamaan calon pada 5 November lalu.

"Sepanjang tempoh itu juga, jumlah keseluruhan kempen dan ceramah berpermit yang telah diadakan adalah sebanyak 3,573," ujarnya.

Artikel Berkaitan: