Jejambat baharu untuk penduduk Bandar Saujana Putra

Amirudin melihat lakaran projek jejambat yang akan dibina dalam sesi lawatan di Bandar Saujana Putra.
Amirudin melihat lakaran projek jejambat yang akan dibina dalam sesi lawatan di Bandar Saujana Putra.
A
A
A

KUALA LANGAT - Penduduk Bandar Saujana Putra mampu menarik nafas lega apabila masalah kesesakan yang membelenggu mereka di kawasan bulatan antara Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bakal selesai dengan termeterainya perjanjian untuk pembinaan jejambat di kawasan tersebut.

Pembangunan jejambat berkenaan ditandatangani oleh Seribu Baiduri Sdn Bhd (LBS Bina Group Berhad) dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, persimpangan bertingkat dan Plaza Tol Bandar Saujana Putra bagi menghubungkan Lebuhraya Elite ke pembangunan Bandar Saujana Putra telah dibuka secara rasminya pada 5 Mac 2008.

"Ia menelan kos pembinaan sebanyak RM95 juta termasuk kos tanah sebanyak RM40 juta dan merangkumi kawasan seluas 30 ekar.

"Pembangunan Bandar Saujana Putra kini telah hampir siap dengan 13,000 unit kediaman dengan kepadatan seramai 65,000 penduduk.

"Bagaimanapun jejambat penghubung antara Lebuhraya Elite dan Lebuhraya SKVE masih belum dibina dan menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada penduduk Bandar Saujana Putra dan pengguna kedua-dua lebuh raya," katanya ketika hadir di Bandar Saujana Putra di sini hari ini.

Kesesakan yang dialami penduduk di Bandar Saujana Putra bakal selesai dengan terbinanya jejambat baharu kelak.
Kesesakan yang dialami penduduk di Bandar Saujana Putra bakal selesai dengan terbinanya jejambat baharu kelak.

Katanya, Seribu Baiduri telah mengemukakan permohonan kelulusan pembinaan jejambat kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Artikel Berkaitan:

"Hasil perbincangan dengan pihak-pihak terlibat, pemaju akhirnya telah memberikan komitmen bagi menyegerakan proses tender untuk melaksanakan pembinaan jejambat berkenaan," katanya.