35 mangsa banjir dipindahkan ke dua PPS di Raub

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir yang melanda dua kampung di Raub pada pagi Khamis. Foto APM
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir yang melanda dua kampung di Raub pada pagi Khamis. Foto APM
A
A
A

KUANTAN - Seramai 35 mangsa banjir melibatkan 15 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Raub pada pagi Khamis.

Seramai 19 mangsa ( 7 keluarga) dari Kampung Tersang di pindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan(SK) Tersang manakala 16 mangsa (8 keluarga) dari Kampung Gali Tengah ditempatkan di PPS Pusat Kegiatan Kemas Gali.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam(APM) Raub, Kapten Pertahanan Awam (PA) Samasuddin Kambade berkata, secara keseluruhan seramai 50 mangsa dari dua kampung itu terlibat bagaimanapun 35 mangsa dipindahkan ke PPS.

Pihak bomba turut membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Gali Tengah,Raub ke PPS selepas kampung itu dilanda banjir pada Khamis.Foto JBPM
Pihak bomba turut membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Gali Tengah,Raub ke PPS selepas kampung itu dilanda banjir pada Khamis.Foto JBPM

Menurutnya, pihak APM Raub menerima maklumat berhubung kejadian daripada pihak polis kira-kira jam 4.40 pagi sebelum anggotanya ke lokasi untuk pemantauan dan membantu memindahkan mangsa yang terlibat.

"Banjir berlaku ekoran limpahan air Sungai Batu Malim dan Sungai Gali akibat hujan lebat.

"Setakat ini tiada laporan berhubung laluan terputus hubungan di daerah itu," katanya.

Beliau berkata, operasi banjir di kawasan itu turut dibantu polis, bomba, JKM, pihak kesihatan dan penduduk.

Artikel Berkaitan:

"Pemantauan masih diteruskan ekoran paras air sungai masih menunjukkan 'trend' menaik," katanya.