Kegiatan seleweng minyak diesel subsidi terbongkar

Minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 40,000 liter yang ditemui ketika serbuan di sebuah gudang di Seremban di sini pada Khamis.
Minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 40,000 liter yang ditemui ketika serbuan di sebuah gudang di Seremban di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kegiatan mencurigakan di sebuah gudang membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi serbuan yang dijalankan di kawasan perindustrian di Seremban di sini pada Khamis.

Serbuan dijalankan sepasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu menemui 40,000 liter minyak diesel, lori dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan haram tersebut yang dianggarkan bernilai RM323,000.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, serbuan dijalankan berdasarkan hasil risikan yang dilakukan pihaknya.

"Ketika serbuan, terdapat tiga lelaki warga tempatan dipercayai pekerja premis tersebut sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel dari tangki simpanan ke sebuah lori tangki.

"Ketiga-tiga suspek kini ditahan bagi siasatan selanjutanya." katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat termasuklah dari mana minyak diesel diperolehi dan diedarkan.

Menurutnya, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan bagi syarikat yang terlibat akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 1(AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat disaran menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutama berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi," katanya.