Peratusan undi awal tinggi 'cerminan' suasana PRU15

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (dari kiri) Sarjan Saleha Yasin, Mejar Rabia Peter dan Sarjan Suli Morshidi selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena PRU15 pada Selasa. - Foto Bernama
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (dari kiri) Sarjan Saleha Yasin, Mejar Rabia Peter dan Sarjan Suli Morshidi selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena PRU15 pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

HARI mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 94.72 peratus.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut melibatkan 212,961 pengundi yang terdiri daripada tentera dan pasangan, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA).

Jika dibandingkan dengan pilihan raya lepas, peratusan yang direkodkan hanyalah sebanyak 83 peratus daripada 278,590 anggota keselamatan itu.

Menerusi hal yang demikian, perkara tersebut sedikit sebanyak menunjukkan peningkatan undian daripada golongan tersebut.

Semenjak pasca PRU14, golongan berkenaan dilihat sedikit sebanyak memberi satu anjakan paradigma kepada situasi politik dalam negara.

Jika ditelusuri pada pilihan raya tersebut, undi daripada anggota keselamatan bukan lagi jaminan kepada keutuhan mana-mana parti kerajaan yang memerintah.

Buktinya dapat dilihat apabila kerajaan BN pada masa itu kehilangan banyak kerusi yang menempatkan kem-kem mereka seperti Sepanggar dan Putatan (Sabah), Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Tangga Batu (Melaka).

Kini undi mereka menjadi persoalan sama ada bakal memihak kepada parti yang menyandang pentadbiran ketika ini ataupun sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Setiap gabungan yang ‘bertaruh’ kini perlu lebih berhati-hati kerana ‘separuh masa’ PRU15 sudah pun tamat dan hanya menunggu penentuan daripada pengundi pada 19 November nanti.