Pas yakin ahli DHPP masih setia

Mohd Amar semasa menjawab soalan diajukan wartawan di Medan Ilmu, pagi tadi.
Mohd Amar semasa menjawab soalan diajukan wartawan di Medan Ilmu, pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU – Walaupun DAP dilihat semakin berkembang di negeri ini, Pas tidak tergugat dengan perkara tersebut dan percaya ahlinya yang bukan Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) masih kekal dan setia dengan parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun ia dikatakan memberi cabaran kepada Pas, namun parti itu yakin, penyokongnya boleh menilai baik dan buruk.

“Hidup ini memang penuh cabaran. Pertembungan-pertembungan ini biasa dan ia sunnatullah, jadi kita pun kena usaha dengan bersungguh-sungguhlah.

“Saya percaya orang Kelantan yang memahami agama tidak akan menyokong DAP (tetapi) mungkin masyarakat Cina yang kecewa dengan MCA dan sebagainya, itu kita tidak boleh halanglah,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru DAP Kelantan yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 3,000 orang dan parti itu didakwa dalam perancangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Negeri.

Artikel Berkaitan: