PRU15: 30 kertas siasatan dibuka, 14 ditahan libat kesalahan kempen

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 kertas siasatan berhubung kesalahan semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka dan 14 individu ditahan pada Isnin.

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, lapan kertas siasatan dibuka di Sabah, empat di Kelantan dan Johor, Selangor (tiga), Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, dan Sarawak (dua), manakala satu di Terengganu.

"Kita menahan 14 individu membabitkan kes yang dilaporkan di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hazani berkata, kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 147, 427, 435, 504, 505, 506 Kanun Keseksaan.

'Kita turut menyiasat berapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Beliau berkata, antara laporan yang diterima adalah membabitkan kes kanak-kanak digunakan dalam kempen pilihan raya di Sandakan, Sabah.

"Kita menerima laporan daripada pengadu yang melihat rakaman video memaparkan 13 kanak-kanak yang berada di atas pentas bersama seorang calon parti bertanding.

"Semua kanak-kanak itu turut memakai baju mempunyai lambang calon parti berkenaan dengan melaungkan slogan parti terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hazani berkata, statistik harian PRU15 bertarikh 14 November juga menunjukkan pengeluaran 1,182 permit ceramah di 14 kontinjen.

Kontinjen paling banyak permit ialah Sabah dengan 275 disusuli Perak (166) dan Sarawak (141).

"Tiada ceramah yang dikesan dijalankan tanpa permit, semalam," katanya.