PRU15: 110 kes khianat dilapor sepanjang tempoh kempen di KL

Azmi
Azmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 110 laporan berkaitan perbuatan khianat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima di sekitar ibu negara sehingga Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh berkempen di ibu negara melibatkan pelbagai kesalahan.

"Ada kemungkinan jumlah laporan akan meningkat menjelang hari membuang undi pada 19 November nanti.

"Kita nasihatkan semua pihak untuk meraikan amalan demokrasi pada PRU kali ini dan terus mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.

Azmi berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan 'task force' untuk membendung perbuatan khianat berkenaan daripada terus berleluasa.

"Kita berharap semua pihak yang mengambil bahagian dalam PRU untuk melakukan proses itu dengan bijak, matang serta berhemah," katanya.

Artikel Berkaitan: