Covid-19: 1,749 kes baharu, enam kematian direkod

Sebanyak 1,749 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. -Foto Bernama
Sebanyak 1,749 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,749 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak enam kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,554 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 28,784 kes dengan 26,829 atau 93.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1, 866 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital.

Sejumlah 89 pesakit pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 54 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 2,564 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,885,228 kes.

Artikel Berkaitan: