PRU15: Pesakit Covid-19 wajib pakai pelitup muka

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua individu positif Covid-19 wajib memakai pelitup muka ketika membuang undi pada hari pengundian, Sabtu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengundi positif Covid-19 adalah tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.

Mereka juga dilarang untuk singgah di mana-mana lokasi sebelum dan selepas mengundi.

"Individu positif Covid-19 perlu pulang segera selepas selesai mengundi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pesakit Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat bagi mengelakkan penularan.

"Bagi pengundi lain, pemakaian pelitup muka adalah sangat digalakkan selain disaran mengamalkan penjarakan fizikal," katanya.

Beliau berkata, pengundi turut digalakkan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi.

“Marilah kita bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU-15,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan dua syor untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan individu positif Covid-19 mengundi pada PRU15.