Dua mangsa banjir di Kelantan positif Covid-19

Dua mangsa banjir di Kelantan dikesan positif Covid-19 yang melibatkan penghuni di dua buah PPS. Gambar kecil: Dr Zaini
Dua mangsa banjir di Kelantan dikesan positif Covid-19 yang melibatkan penghuni di dua buah PPS. Gambar kecil: Dr Zaini
A
A
A

RANTAU PANJANG - Dua mangsa banjir di negeri ini dikesan positif Covid-19 pada Isnin.

Kes tersebut melibatkan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang manakala seorang lagi dipercayai di PPS SK Tok Deh.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, mangsa dikesan positif hasil saringan yang dibuat semasa kemasukan ke PPS.

"Mangsa juga telah diisolasikan di bilik khas manakala kontak rapat mangsa turut dikuarantinkan di bilik khas di PPS yang sama bagi membendung penularan jangkitan.

"Pihak kami juga telah melakukan ujian saringan kepada semua mangsa banjir yang bergejala," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut beliau, mangsa banjir dinasihatkan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat apabila seramai 1,969 mangsa telah dipindahkan ke lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,365 mangsa pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM dua kawasan yang terlibat ialah Rantau Panjang dan Pasir Mas.