Penyatuan UMNO-Pas stabilkan politik tanah air

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun ke Rantau bagi membantu kempen calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Taman Angsamas, Seremban, malam tadi. - Foto Sinar Harian ADAM AMIR HAMZAH
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun ke Rantau bagi membantu kempen calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Taman Angsamas, Seremban, malam tadi. - Foto Sinar Harian ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Penyatuan dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas membolehkan kestabilan politik tanah air dapat dicapai.

Calon BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, disebabkan itu agenda penyatuan ummah mesti diutamakan.

"Salah satu hikmah kekalahan BN pada PRU14 ialah malam ini (tadi) kita sepentas dengan Pas. Saya dan rakan-rakan pimpinan lihat kekalahan itu sebagai satu pengajaran dan kita perlu buang sikap yang tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi penyatuan umat Islam: Abdul Hadi

"Saya melihat bagi pihak UMNO bahawa tidak ada jalan lain untuk kita pastikan kestabilan politik tanah air dikukuhkan semula. Melainkan dengan dua parti Melayu terbesar di negara ini UMNO dan Pas mesti bersama-sama," katanya pada program ceramah perdana di Taman Angsamas, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Timbalan Presiden MIC, Datuk S Saravanan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya lagi, apabila orang Melayu sebagai kaum terbesar bersatu, maka negara juga akan menjadi aman damai.

"Politik akan stabil seperti mana pernah kita alami sebelum ini. Apabila politik stabil, orang dari luar akan datang melabur, pekerjaan akan banyak dan pendapatan bertambah.

Artikel Berkaitan:

"Ini cara kita mentadbir negara. Kita nak satukan dua parti Melayu terbesar di negara ini," katanya.

Menurut Mohamad, beliau amat berbesar hati apabila cadangan UMNO untuk bekerjasama diterima dengan tangan terbuka oleh Pas.

"Kepada rakan-rakan bukan Melayu dan bukan Islam, jangan risau kerana agenda penyatuan ummah ini bukanlah seperti mana dituduh DAP bahawa ia ssuatu deklarasi peperangan. "Siapa pula yang perang? Kita nak menyatukan ummah untuk menang PRU15, itu saja," katanya.