Taktikal 'hantaran jauh' rahsia Brentford tewaskan City

Toney meraikan jaringannya ketika bantu pasukannya tewaskan CIty di laman sendiri. - Foto Agensi
Toney meraikan jaringannya ketika bantu pasukannya tewaskan CIty di laman sendiri. - Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Manchester CIty, Pep Guardiola mengakui taktikal hantaran jauh (long ball) yang digunakan Brentford menjadi punca pasukannya tewas pada aksi terakhir liga sebelum rehat Piala Dunia.

Menurut Guardiola, taktikal yang digunakan oleh jurulatih Brentford, Thomas Frank nyata menyukarkan pasukannya.

Katanya, pasukan yang mendapat jolokan The Bees itu layak untuk memenangi perlawanan tersebut.

Pasukan terbaik akan sentiasa menang. Kami bergelut sejak awal dan kami tidak dapat menangani hantaran bola panjang yang dilakukan mereka (Brentford).

“Biasanya anda akan menekan untuk memenangi semula bola namun ia berbeza pada perlawanan ini, mereka bertahan dengan begitu dalam dan begitu baik. Perlawanan ini sangat sukar dan sengit,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Etihad, Ivan Toney meledak dua gol bagi membantu Brentford mengejutkan City 2-1

Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Pep Guardiola itu di laman sendiri sejak Februari lalu yang juga kekalahan kedua musim ini selepas tumpas 0-1 kepada Liverpool pada 16 Oktober lalu.

Keputusan tersebut menyaksikan City menamatkan saingan sebelum Piala Dunia Qatar dengan kekalahan dan kini ketinggalan lima mata di belakang Arsenal.

Artikel Berkaitan: