Gundogan pastikan Piala FA milik Manchester City

Gundogan cipta sejarah tersendiri dalam perlawanan akhir Piala FA menentang seteru setempat, Manchester United di Stadium Wembley pada Sabtu.
Gundogan cipta sejarah tersendiri dalam perlawanan akhir Piala FA menentang seteru setempat, Manchester United di Stadium Wembley pada Sabtu.
A
A
A

KAPTEN Manchester City, Ilkay Gundogan mencipta sejarah tersendiri dalam perlawanan akhir Piala FA menentang seteru setempat, Manchester United di Stadium Wembley pada Sabtu.

Pertama, Gundogan muncul wira skuad kendalian Pep Guardiola itu apabila dua jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas pasukan bimbingan Erik ten Hag.

Kedua, Gundogan muncul penjaring gol terpantas dalam sejarah final Piala FA apabila voli selepas 13 saat permainan menewaskan penjaga gol Manchester United, David de Gea.

Gol pemain tengah Jerman berusia 32 tahun itu memecahkan rekod lama 25 saat dicipta pemain Everton, Louis Saha ketika menentang Chelsea dalam perlawanan akhir edisi 2009.

The Citizens yang tampil dengan status pasukan pilihan selepas menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris ternyata lebih dominan dalam penguasaan bola pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, gol Gundogan itu tidak kekal lama apabila bintang Manchester United kelahiran Portugal, Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Gol penalti tersebut, Fernandes menyaksikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan kembali lebih garang dengan melakukan deretan percubaan dalam usaha menambah jaringan.

Namun Gundogan sekali lagi muncul duri dalam daging buat Manchester United apabila menyudahkan sentuhan Kevin De Bruyne pada minit ke-51 untuk kemenangan 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan Piala FA merupakan trofi kedua dimenangi City musim ini selepas merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Manchester City berpeluang merangkul trofi ketiga apabila berdepan kelab Serie A, Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik Atatürk, Turkey pada tanggal 11 Jun ini.