Manchester City bersedia lebar pemburuan kejuaraan

Angkatan Guardiola giat menjalani latihan menjelang perlawanan persahabatan pramusim City di Tokyo .- Foto AGENSI
Angkatan Guardiola giat menjalani latihan menjelang perlawanan persahabatan pramusim City di Tokyo .- Foto AGENSI
A
A
A

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City bersedia untuk memburu lebih banyak kejuaraan selepas mencapai kemuncak bersejarah musim lalu, kata pengendali Pep Guardiola, ketika pemenang treble tersebut bersedia untuk kempen baharu dengan Siri Jelajah ke Asia.

Pengurus Sepanyol itu mencapai kemuncak tertinggi kariernya apabila skuad pacuannya merangkul mahkota Liga Juara-Juara sulung pada Jun dan menyaingi treble 1999 musuh ketat Manchester United.

Tetapi Guardiola sudah mempunyai sasaran untuk musim depan, dengan keinginan yang sama untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

“Saya tidak tahu sejauh mana konsisten kami selepas apa yang kami lakukan – tetapi saya akan meminta mereka (pasukan) untuk tidak melupakan apa yang telah kami lakukan tetapi kami akan cuba melakukannya sekali lagi langkah demi langkah.

"Kami cuba dan mengambil ketenangan, rentak dan ingat siapa kami sebagai satu pasukan," kata Guardiola kepada pemberita menjelang perlawanan persahabatan pramusim pertama City menentang kelab Liga Jepun J1 Yokohama F Marinos di Tokyo.

Sementara itu, pertahanan Belanda, Nathan Ake menegaskan The Citizens kini memberikan sepenuh tumpuan kepada persiapan berdepan Arsenal dalam perebutan Perisai Komuniti.

"Musim lalu adalah musim yang hebat untuk setiap daripada kami.

"Tetapi bola sepak sebenar berkaitan kemajuan merangkul kejuaraan... Kami mempunyai mentaliti untuk meraih lebih banyak kejuaraan. Objektif pertama kami ialah Perisai Komuniti kemudian Piala Super dan Piala Dunia Kelab.

"Banyak yang perlu dilalui dan dimenangi. Guardiola menuntut semua orang supaya kami pergi meraih semula kejuaraan. Kelab ini telah melakukannya selama bertahun-tahun sekarang. Semua orang mempunyai mentaliti untuk terus mendorong satu sama lain untuk mencapai tahap seterusnya."

Sebagai rekod, Manchester City akan menentang Bayern Munich di Tokyo, Jepun sebelum menentang Atletico Madrid di Seoul, Korea Selatan.

PERISAI KOMUNITI

6 OGOS

Arsenal lwn Manchester City

(Stdm Wembley, 11 malam)