Razman perjelas pendirian tuntutan Anwar Isnin depan

Dari kiri: Anwar dan Razman
Dari kiri: Anwar dan Razman
A
A
A

IPOH - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria akan menyatakan pendirian terhadap tuntutan maaf dan ganti rugi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Isnin depan.

Perkara itu akan dimaklumkan menerusi satu sidang akhbar khas yang dijadualkan di sebuah hotel di Bagan Serai sekitar jam 3.30 petang.

"Saya akan adakan satu sidang media khas isu politik semasa di Perak.

"Saya turut respon berkaitan Anwar Ibrahim saman RM5 juta," katanya sepertimana dimuat naik di Twitter rasmi miliknya pada Jumaat.

Anwar sebelum ini menuntut permohonan maaf daripada Razman berhubung kenyataannya ketika berkempen mendakwa Ketua Pembangkang itu akan mempromosikan agenda LGBT.

Dalam surat tuntutan (LOD) yang dihantar kepada Razman pada 8 November, Anwar juga menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi kerana mencemarkan reputasinya, berserta kos guaman.

Artikel Berkaitan: