PRU15: BN Kuala Selangor siap sedia hadapi banjir

Tengku Zafrul dan laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Tengku Zafrul dan laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - BN Kuala Selangor sudah bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerjasama erat antara agensi kerajaan berkaitan juga diharap dapat membantu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk.

Malah, katanya, jentera BN juga 'turun padang' untuk mengetahui dengan lebih jelas apakah bentuk bantuan yang diperlukan semasa menghadapi bencana.

"Kita juga sudah hubungi bomba untuk mengetahui keadaan banjir di Kuala Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelesaikan masalah longkang atau parit tersumbat," katanya dalam sidang akhbar di Ijok pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Kuala Selangor setakat Jumaat tidak terlalu serius berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu tidak boleh dipandang ringan sebaliknya perlu bersedia daripada semua aspek.

"Saya sedaya upaya memanjangkan perkara ini dan mencari jalan penyelesaian sekiranya banjir berlaku di Kuala Selangor," jelas beliau.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, sebanyak lapan rumah di Jalan Rukun, Ijok di sini dinaiki air sedalam 0.15 meter susulan hujan berterusan pada awal pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa terdiri daripada 13 lelaki, tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak.