Banjir: Lapan rumah di Ijok dinaiki air

Sebanyak lapan buah rumah di Ijok dinaiki air susulan hujan berterusan pada pagi Jumaat. -Foto: JBPM Selangor.
Sebanyak lapan buah rumah di Ijok dinaiki air susulan hujan berterusan pada pagi Jumaat. -Foto: JBPM Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak lapan buah rumah di Jalan Rukun, Ijok di sini dinaiki air sedalam 0.15 meter susulan hujan berterusan pada awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa terdiri daripada 13 lelaki, tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak.

"Setelah membuat pemantauan, didapati kawasan terbabit dinaiki air sedalam 0.15 meter sekitar jam 10.41 pagi dan trend air semakin menurun.

Tiada mangsa dipindahkan dan air dilaporkan semakin surut.
Tiada mangsa dipindahkan dan air dilaporkan semakin surut.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka buat masa ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Bestari Jaya dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemantauan.

Artikel Berkaitan: