Build My-Town didik tolak rasuah, amal tadbir urus baik

Hussamuddin (tengah) bersama petugas Pusat C4 dan peserta bergambar kenangan semasa majlis pelancaran kad permainan 'Build My-Town' di Media Karangkraf pada Khamis.
Hussamuddin (tengah) bersama petugas Pusat C4 dan peserta bergambar kenangan semasa majlis pelancaran kad permainan 'Build My-Town' di Media Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan anak muda terutama Undi 18 perlu diberi pemahaman jelas secara berterusan tentang dunia politik negara dan tidak sesekali dipinggirkan untuk memperoleh maklumat tepat.

Pengurus Program Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (Pusat C4), K Sudhagaran Stanley berkata, menyedari kepentingan menarik minat anak muda terlibat secara langsung dan memahami dengan lebih jelas politik negara, satu kad permainan 'Build My-Town' dicipta untuk memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.

Katanya, inisiatif Build My Town dihasilkan adalah sebagai sebuah kaedah mempelajari tadbir urus yang baik, penolakan terhadap elemen rasuah dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengundi muda.

K Sudhagaran Stanley
K Sudhagaran Stanley

Menerusi permainan kad tersebut menurutnya, pengundi akan memperoleh maklumat berhubung peranan dan tanggungjawab ahli Parlimen secara santai dan menghiburkan.

"Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan buat pertama kali Undi 18 dilaksanakan di negara ini dan sangat penting untuk kumpulan pengundi baharu ini memahami peranan dan arah tuju kuasa yang ada pada mereka.

"Kuasa yang ada pada tangan mereka boleh digunakan dalam membentuk sebuah sistem demokrasi yang baik menerusi pemilihan pemimpin berintegriti, bebas rasuah serta tidak salah guna kuasa.

"Maka permainan kad Build My-Town yang direka ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dengan mudah.

Artikel Berkaitan:

"Selain memberi manfaat besar bagi memahami akta dan mempelajari sesuatu yang baharu, ia juga berkesan memupuk budaya bersih dalam kalangan masyarakat sejak usia muda," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Build My-Town yang diadakan di Media Karangkraf dan disiarkan secara langsung di semua paltform Sinar Harian.

Hadir sama Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub serta Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat C4, Cynthia Gabriel.

Mengulas lanjut, Stanley berkata, berperanan sebagai ahli Parlimen, pemain akan membina pengalaman dan pengetahuan mereka sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan bagi melaksanakan pembaharuan di Parlimen.

Jelasnya, pengalaman tersebut diharap dapat menjadi dorongan kepada pemain kad Bulid My-Town untuk menjadikannya sebagai suatu realiti bagi dijayakan bersama wakil pemimpin di kawasan masing-masing.

"Usaha ini diharapkan menjadi salah satu sumber didikan terbaik untuk melahirkan Malaysia yang lebih baik dengan #NilaiMoralKarakterBangsa," katanya.

Sementara itu, Stanley ketika menjelaskan cara permainan kad Build My-Town berkata, setiap pemain bertindak sebagai ahli Parlimen yang menjaga kawasan pilihan raya masing-masing.

Hussamuddin (belakang, tengah) menyaksikan sekumpulan pemain yang terlibat dalam permainan 'Build My-Town' yang dilancarkan di Media Karangkraf pada Khamis.
Hussamuddin (belakang, tengah) menyaksikan sekumpulan pemain yang terlibat dalam permainan 'Build My-Town' yang dilancarkan di Media Karangkraf pada Khamis.

Katanya, matlamat setiap pemain adalah menambah baik kawasan pilihan raya di tempat mereka dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan daripada kemudahan kecil seperti tandas awam kepada projek mega seperti ladang solar.

Jelasnya, proses mengembangkan kawasan pilihan raya ini dibeli menggunakan mata wang dalam permainan iaitu kad wang.

"Di sini pemain mempunyai pilihan sama ada menggunakan wang yang diperolehi secara telus dan sah atau wang dari sumber yang haram dan tidak beretika bagi membangunkan kawasan mereka.

"Selain itu, ada juga peraturan dan perintah yang perlu dipatuhi oleh semua pemain ketika sepanjang permainan berlangsung.

"Ia seumpama memberi peluang kepada pemain untuk merasai situasi sebenar sebagai ahli Parlimen dan berhadapan cabaran melibatkan elemen rasuah serta salah guna kuasa sepanjang bertugas," katanya.