RM18.9 juta basmi kemiskinan melalui BMTKM

Mustapa (dua dari kanan) menanam pokok limau nipis sebagai simbolik perasmian penanaman pokok herba bagi BMTKM 2022-2025 di perkampungan Orang Asli Sungai Rual, Jeli pada Khamis.
Mustapa (dua dari kanan) menanam pokok limau nipis sebagai simbolik perasmian penanaman pokok herba bagi BMTKM 2022-2025 di perkampungan Orang Asli Sungai Rual, Jeli pada Khamis.
A
A
A

JELI - Kerajaan memperuntukkan RM18.9 juta bagi membasmi kemiskinan di seluruh negara melalui Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi fasa pertama BMTKM mula dilaksanakan secara rintis pada bulan Jun lalu di 80 lokaliti seluruh negara melibatkan 2,500 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.

"Untuk fasa kedua pula ia melibatkan 110 lokaliti dan 10,000 KIR dan dijangka bermula pada awal Disember ini.

"Daripada 100 lokaliti tersebut 15 di Sarawak, Sabah (15) dan Kelantan (10)," katanya semasa merasmikan penanaman pokok herba bagi BMTKM 2022-2025 di perkampungan Orang Asli Sungai Rual, di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Mustapa memberitahu Kelantan merekodkan bilangan keluarga miskin tegar seramai 12,470 daripada 127,684 KIR seluruh negara berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) sehingga 31 Oktober lalu.

Tambah beliau, di Kelantan sebanyak 60 projek peningkatan pendapatan melibatkan 284 KIR miskin tegar dengan kos berjumlah RM3.1 juta telah diluluskan.

Katanya, antara projek yang dipilih ialah bidang perikanan, perniagaan makanan dan minuman, kraftangan, bengkel automotif serta penanaman sayur dan perusahaan kedai runcit.

"BMTKM diharap dapat membantu mereka keluar dari garis kemiskinan.

Artikel Berkaitan:

"Projek ini juga melibatkan Orang Asli di Jeli dan Gua Musang bagi membantu mereka daripada kebergantungan kepada hasil hutan semata-mata," katanya.