Usaha perangi rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi - Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri Johor.
Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor Mohammed Shakib Ali.
Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat dicapai Johor oleh Onn Hafiz. - Bernama
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor tanpa kompromi
- Integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting untuk kesejahteraan dan kemakmuran negeri Johor
- Amanat tersebut disampaikan ketika menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi
- Pertemuan itu turut dihadiri oleh beberapa tokoh penting termasuk Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Pengarah Tanah dan Galian Johor
- Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa dan kemajuan pesat Johor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
