PH sedia berdepan dengan saingan sengit parti lawan

Kesemua calon mereka giat berkempen dengan menawarkan agenda masing-masing untuk pikat pengundi

A
A
A

Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.
Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.

Pakatan Harapan bertekad untuk kembali menguasai Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti dan kini kesemua calon-calon mereka giat melaksanakan kempen bagi menarik para pengundi menyokong mereka.

Dengan kombinasi muka baharu dan lama, PH tampak bersemangat untuk berdepan dengan gabungan parti lain dan mereka percaya sokongan rakyat kini semakin bertambah.

Hong Pin akui bakal berdepan saingan sengit di Bakri

BAKRI - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bakri, Tan Hong Pin memberi bayangan bakal berhadapan persaingan sengit daripada calon-calon lawan walaupun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menyaksikan gabungan itu menang dengan majoriti besar.

Beliau yang pertama kali bertanding di kerusi Parlimen berkata, Bakri bukan lagi jadi kerusi selamat untuk PH berdasarkan perkembangan keadaan politik semasa.

"Ramai kata Bakri ini kerusi selamat untuk DAP dan PH, tapi saya tak boleh lihat macam itu.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang sudah lain sebab kombinasi demografi pengundi juga sudah lain. Dalam politik sehari sudah rasa panjang dan apatah lagi lima tahun," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan PH Bakri.

Hong Pin mesra dengan kanak-kanak dalam sesi lawatannya.
Hong Pin mesra dengan kanak-kanak dalam sesi lawatannya.

Jelas bekas ADUN Skudai dan Mengkibol itu, ketika PRU14 ramai pengundi daripada semua kaum keluar undi dan menyokong PH.

Tetapi pada PRU15 ini berbeza, kerana ada ramai yang sudah hampa dengan pemimpin politik ketika ini yang dilihat mereka lebih memetingkan diri sendiri dan 'poket' mereka.

Hong Pin yang berusia 41 tahun berkata, sebagai anak tempatan Muar, beliau dipilih untuk bertanding di Parlimen Bakri yang dikosongkan selepas ahli Parlimen sebelum ini, Yeo Bee Yin berpindah ke Parlimen Puchong.

"Jadi kerusi Bakri ini kosong dan kebetulan saya merupakan anak tempatan Muar. Sebab itu ditempatkan di Bakri.

"Ini kampung saya. Saya membesar dan bersekolah di sini sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)," katanya.

Cabaran besar menanti

Hong Pin yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berkata, dipilih bertanding di Bakri merupakan cabaran besar dan memberi tekanan kepadanya berikutan perlu menjaga 'air muka' keluarganya.

Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.
Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.

Jelasnya, situasi itu berbeza ketika beliau bertanding di ADUN Mengkibol dan Skudai.

"Bagi saya ini satu cabaran besar di mana saya rasa walaupun ini kali ketiga jadi calon dan balik ke kampung, sebenarnya saya rasa lebih 'stressful'.

"Sebab saudara mara saya semua dekat sini. Bila buat "walkabout', kebanyakan bukannya kenal saya tetapi mereka lebih kenal ibu saya dan saudara mara saya," katanya.

Bekalan pengalaman sebagai ADUN dan Exco

Hong Pin yang pernah menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi pada 2018 hingga 2019 ketika PH menjadi Kerajaan Negeri Johor berkata, beliau mempunyai pengalaman dari segi pentadbiran dan menjadj ADUN selama dua penggal.

Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.
Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.

Jelasnya, pengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan negeri dan wakil rakyat memberikan Beliau kelebihan kepada dirinya berbanding calon lain dan berharap ia menjadi nilai tabah kepada pengundi untuk memilih beliau pada hari pengundian pada 19 Nov ini.

Sementara itu, Hong Pin berkata sekiranya menang di Bakri, beliau mahu memastikan peluang pekerjaan dapat dicipta di Parlimen itu termasuk dk Muar.

Katanya, Muar harus dijadikan tempat anak-anak muda memulakan kerjaya mereka.

"Anak-anak Muar ini semua pandai-pandai dalam bidang mereka. Tetapi kebanyakan kerja di luar.

"Kenapa tidak di Muar?

“Kita perlu atasi masalah ini dengan cara kena ubah persepsi dan wujudkan banyak peluang pekerjaan di sini iaitu kampung sendiri," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.
Hong Pin beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Bakri.

Dalam pada itu, Hong Pin berharap pengundi di luar Bakri dan Muar balik mengundi.

Katanya, satu undi amat penting bagi membina negara yang lebih baik.

Kluang di hati Su Qi, mahu bawa banyak perubahan

Shu Qi beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Kluang.
Shu Qi beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Kluang.



Mahu membantu rakyat di Parlimen Kluang menerusi pelbagai pendekatan antaranya dari segi infrasuktur dan pendidikan menjadi azam kepada calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Wong Shu Qi.

Bekas wartawan akhbar bahasa Cina itu, dan juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Kluang sejak 2018, berkata banyak perancangan serta program yang memberi manfaat kepada rakyat sudah dilaksanakan sebelum ini.

Shu Qi, 39, juga merupakan Setiausaha Organisasi DAP Johor, menyifatkan isu dihadapi penduduk di Parlimen Kluang sentiasa dekat di hati dan beliau sedaya upaya akan dibantu serta diselesaikan.

"Sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat, saya berusaha menjadikan bandar ini sebuah bandar yang selesa untuk didiami oleh semua lapisan masyarakat.

Shu Qi kerja kuat untuk rakyat di Parlimen Kluang.
Shu Qi kerja kuat untuk rakyat di Parlimen Kluang.

"Fokus diberikan kepada meningkatkan keselamatan jalan raya, pembangunan kemudahan pendidikan, menyelesaikan masalah lesen perniagaan dan cipta ruang awam perniagaan yang kreatif.

"Selain itu, beberapa program turut dijalankan antaranya pemberian baucar beli belah kepada keluarga susah, bantuan pakaian sekolah, projek residenasi seni, mengedarkan 10,000 set bakul makanan dan program Kuih Raya Sayangi Kluang," katanya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian.

Melihat pendidikan cukup penting dalam membantu sesebuah keluarga berubah, Shu Qi tampil melaksanakan program "asal adik mau gi sekolah" yang dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Shu Qi beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Kluang.
Shu Qi beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Kluang.

"Antara ujian besar semasa PKP ialah anak-anak tidak dapat ke sekolah dan terpaksa mengikuti program pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) melalui peranti komputer dan internet.

"Ramai yang tidak mampu memberi peranti dan menambah nilai data internet, ketika itu kita lancarkan program ini.

"Menerusi program ini, kami menyerahkan peranti komputer kepada pelajar B40 serta menyediakan perkhidmatan mencetak kerja sekolah secara langsung," katanya.

Utamakan keperluan penduduk di Kluang

Sebagai individu yang telah lama menetap di Kluang, Su Qi berkata, banyak perubahan yang telah dialami seterusnya menjadi sebuah penempatan yang selesa kepada setiap penduduknya.

Antara perkara yang menjadi keutamaan, adalah kemudahan jalan raya yang lebih baik, selesa dan selamat dan pembangunan infrasuktur pendidikan.

Shu Qi mengambil berat aduan dan masalah rakyat di Parlimen Kluang.
Shu Qi mengambil berat aduan dan masalah rakyat di Parlimen Kluang.

"Ogos 2018, purata empat kemalangan berlaku setiap bulan di Jalan Sekolah Chong Hwa. Keselamatan murid-murid Sekolah Menangan Chong Hwa dan Sekolah Menengah Agama Arabiah Kluang, terancam.

"Melalui kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) kami trlah memasang lampu kuning berkelip dan papan tanda had laju di jalan tersebut agar keselamatan anak-anak lebih terjamin," katanya.

Selain itu, banyak usaha lain yang dilakukan antaranya pemasangan lampu jalan LED di Jalan Kluang-Batu Pahat, 120 lot parkir ditambah di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang, simpang Jalan Kampung Paya-Jalan Selar telah dilebarkan dan Dewan Persatuan Penduduk Tamab Desa siap dinaiktaraf.

Shu Qi mengambil berat aduan dan masalah rakyat di Parlimen Kluang.
Shu Qi mengambil berat aduan dan masalah rakyat di Parlimen Kluang.

Su Qi turut melihat potensi besar dimiliki Pasar Awam Kluang sebagai lokasi pelbagai aktiviti seni dan perniagaan kepada golongan muda.

"Kita mempunyai kemudahan asas sebagai contoh bangunan Pasar Awam Kluang di mana di tingkat dua boleh dijadikan lokasi seni dan perniagaan yang bersesuaian khususnya kepada golongan muda," katanya.

Mengakhiri perbualan, Su Qi berharap warga Kluang dapat menilai setiap pencapaian dan perubahan yang dibawa sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kluang.

"Saya anak Kluang. Saya mahu Kluang kekal sebagai sebuah bandar yang indah. Saya percaya seni reka mampu merubah sikit demi sikit kehidupan kita, misalnya reka bentuk sekolah, pasar dan taman rekreasi. Seni reka adalah penting, dan kita perlu berbicara hal ini," katanya.

Profail

Shu Qi kelihatan mesra dengan kanak-kanak.
Shu Qi kelihatan mesra dengan kanak-kanak.



Nama: Wong Shu Qi

Tarikh Lahir: 26 November 1983 (39 tahun)

Tempat Lahir: Johor Bahru

Keluarga: Bujang

Pendidikan:

- Sekolah Menengah Foon Yew

- Sarjana Muda Kewartawanan dan Sains Politik, National Cheng Chi University, Taiwan.

- Sarjana Pentadbiran Awam, LKYSPP, National University of Singapore.

Pengalaman Bekerja:

- Wartawan, Merdeka Review, 2008-2011

- Setiausaha Eksekutif, DAP, 2011-2013

- Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan N52 Senai, 2013-2018

- Ahli Dewan Rakyat Kawasan P152 Kluang, 2018-2022

Jawatan Politik (sekarang):

- Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan

- Setiausaha Organisasi DAP Johor



Pontian dekat di hati Shazwan

Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.
Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.



Pengalaman sebagai pegawai pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram selama lebih lima tahun membuatkan calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili PAKATAN HARAPAN di Parlimen Pontian, Shazwan Zdainal, 36 tidak kekok mendampingi masyarakat setempat.

Malah penglibatan aktif menerusi kerja-kerja sukarelawan di Pertubuhan Kebajikan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) di DUN Penggaram juga turut memberikan bonus kepada Shazwan.

Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.
Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.

"Saya tidak sangka, diberikan peluang oleh parti untuk menjadi calon ahli Parlimen yang membawa suara orang Pontian. Sudah tentu saya tidak akan mensia-siakan kepercayaan ini.

"Mungkin saya dianggap sebagai orang baharu dalam pilihanraya, tetapi hakikatnya saya sudah banyak terlibat dalam kerja-kerja membantu masyarakat melalui parti.

"Malah sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu, saya berada di Bukit Pasir, Muar membantu masyarakat di sana menerusi pelbagai kerja-kerja kebajikan dan masyarakat," katanya ditemubual Sinar Harian.

Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.
Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.

Shazwan yang merupakan calon muka baharu yang ditampilkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini bersedia berdepan calon nama besar atau 'heavyweight' dari BN di Parlimen Pontian.

Setiausaha Pakatan Harapan Parlimen Batu Pahat ini menegaskan, beliau mempunyai cara tersendiri mendekati masyarakat dan pengundi di Parlimen Pontian.

"Sewaktu saya berjumpa dengan penduduk di sekitar kawasan bandar Pontian, mereka menyatakan pelbagai pandangan dan mahukan lebih banyak pembangunan.

"Saya juga melihat Pontian bukan bandar pencen, tetapi sebenarnya mempunyai ramai golongan muda cuma mereka ini berulang- alik bekerja di Johor Bahru dan Singapura.

"Justeru saya melihat sebuah pusat inkubator belia boleh diwujudkan di Parlimen Pontian bagi membantu golongan belia berniaga seterusnya dapat memberi ruang kepada mereka meraih pendapatan dan meningkatkan ekonomi setempat," katanya.

Maklum balas penduduk bagi perancangan pembangunan

Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.
Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.



Shazwan mengakui mahu mendekati lebih ramai penduduk, mendengar keluhan dan mendapatkan maklum balas mereka terhadap apa juga isu dan harapan bagi pembangunan di Parlimen Pontian.

Ujar belia, maklum balas diberikan penduduk amat berguna bagi memastikan setiap perancangan lebih baik mampu dibuat di Parlimen Pontian sekaligus menepati kehendak penduduk.

Shazwan merupakan calon muda HARAPAN di Parlimen Pontian.
Shazwan merupakan calon muda HARAPAN di Parlimen Pontian.

"Saya berazam mahu mendekati lebih ramai penduduk di Parlimen Pontian, justeru maklum balas mereka amat saya perlukan. Maklum balas ini boleh disalurkan menerusi Facebook dan Twitter Shazwan Zdainal.

"Tawaran Harapan Pontian yang akan saya umumkan dalam masa terdekat akan mengambil kira maklum balas yang diberikan oleh penduduk di Parlimen Pontian. Yang pasti tawaran tersebut tidak boleh lari dari 10 tawaran Harapan pada PRU15 antaranya pendidikan dam belia," katanya.

Sedia berkhidmat di Pontian

Biarpun ada sesetengah pihak mempersoalkan beliau bukan anak tempatan dan tak layak mewakili Parlimen Pontian, namun Shazwan pantas menepis persoalan itu.

"Saya masih muda dan saya boleh jadi orang Pontian," jawabnya ringkas apabila mengulas tentang dirinya bukan anak jati Pontian.

Tegas perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya, malah berazam mahu menjadi suara kepada orang Pontian yang membawa harapan serta merealisasikannya apabila di pilih sebagai Ahli Parlimen kelak.

"Tidak jadi masalah pun kepada saya. Sebab saya sudah berkhidmat membantu masyarakat di Batu Pahat. Memandangkan Batu Pahat dan Pontian ini berjiran dari segi kedudukannya, sudah tentu banyak persamaannya.

"Kalau di sana (Batu Pahat) ada orang Jawa, Bugis dan Banjar, di sini (Pontian) pun ada juga.

“Oleh itu saya berpandangan tidak menjadi halangan kepada dirinya untuk berkhidmat di Parlimen Pontian dan bersama masyarakat di sini mengharungi pembangunan yang lebih baik," katanya.

Profail

Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.
Shazwan beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Pontian.



Nama: Shazwan Zdainal

Tarikh lahir: 9 April 1984

Kerjaya: Pegawai Pusat Khidmat ADUN Penggaram

Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Penglibatan Politik @ Sosial -

-Mantan Ketua Pemuda DAP Batu Pahat

-Setiausaha Pakatan Harapan Batu Pahat

-Setiausaha DAP Batu Pahat

-Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram

-Pengerusi Persatuan Kebajikan & Pembangunan Masyarakat Telus Ikhlas Johor