PH Tanjong Malim sokong penuh 12 tuntutan generasi Felda

Dari kiri: Khairol Najib, Lih Kang dan Mohd Syahid menunjukkan 12 tuntutan generasi Felda.
Dari kiri: Khairol Najib, Lih Kang dan Mohd Syahid menunjukkan 12 tuntutan generasi Felda.
A
A
A

TANJONG MALIM - Pakatan Harapan (PH) memberi sokongan penuh terhadap 12 tuntutan yang dikemukakan oleh generasi Felda dalam Parlimen Tanjong Malim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PH bagi kerusi Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang berkata, antara tuntutan dikemukakan adalah rumah generasi disiapkan dan diberikan kepada generasi Felda.

Selain itu katanya, tanah seluas 600 hektar digazetkan untuk perumahan generasi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

"Tuntutan lain ialah tabung bencana dilaksanakan, termasuk untuk serangan ulat bungkus, banjir dan lain-lain.

"Mewujudkan khairat kematian kepada generasi yang menetap di dalam dan di luar rancangan.

"Ladang Besout 1 yang dicemari pasir dipulihkan. Sungai dipelihara kembali," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Hadir sama, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Syahid Mohd Zaini dan calon kerusi DUN Behrang, Khairol Najib Hashim.

Selain itu, Lih Kang berkata, generasi Felda menuntut supaya 10 resolusi ulat bungkus Besout dilaksanakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Artikel Berkaitan:

"Manakala, tuntutan lain adalah bantuan kepada ladang individu untuk kawalan bencana serangan makhluk perosak ulat pemakan daun dan melaksanakan audit JKKR rancangan.

"Program keusahawanan komersial untuk generasi melalui Program PPP hiliran PPPG - Program Pembangunan Peneroka Generasi. Penubuhan koperasi generasi.

"Fasiliti kemudahan utama warga Felda. Naik taraf klinik, kemudahan ambulans dan van jenazah.

"Laksanakan town hall untuk pertemuan bersama dalam soal jawab di rancangan dan menubuhkan jawatankuasa bencana dengan penglibatan generasi-generasi.

"Selain itu, merangka kaedah membantu pendapatan peneroka generasi di bawah RM1,000," katanya lagi.

Beliau berkata, PH menyokong tuntutan-tuntutan di atas dan akan mengusahakan yang terbaik untuk melaksanakannya.

Katanya, demi menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam melaksanakan tuntutan tersebut sekiranya menang PRU15, mereka akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau pelaksanaan tuntutan-tuntutan berkenaan.

"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Mohd Syahid yang merupakan seorang anak peneroka dari Felda Gunung Besout 2.

"Dalam tempoh 100 hari selepas menang PRU, kami akan melaksanakan tiga tuntutan termasuk tuntutan 4, 11 dan 12," katanya.